Yahoo News

ALOR SETAR, 3 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sudah tiba masanya isu fahaman Syiah diberi publisiti secara terbuka agar orang ramai dapat memahami bahaya fahaman itu kepada umat Islam.

Beliau mengakui kerajaan negeri memberi publisiti meluas untuk menyampaikan maklumat bahawa ajaran Syiah boleh menggugat umat Islam yang rata-ratanya ialah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

"Publisiti fahaman Syiah memang wajar. Jika tiada publisiti kita takut akan berlaku kekeliruan dalam kalangan orang ramai pula.

"Orang belum faham sepenuhnya ajaran Syiah ini. Dengan adanya publisiti ini barulah penjelasan lebih mendalam dapat disampaikan," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas meninjau kompleks perniagaan Pekan Rabu di sini hari ini. Mukhriz mengulas dakwaan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan cara kerajaan Kedah menangani isu Syiah kebelakangan ini seolah-olah memberi publisiti percuma kepada ajaran itu.

-- LAGI
MUKHRIZ-SYIAH 2 (AKHIR) ALOR SETAR
Mukhriz berkata selepas Kedah mewartakan fatwa anti-Syiah pada 18 Julai, banyak pihak mengambil pendekatan untuk memberi pendedahan yang lebih jelas mengenai fahaman Syiah termasuk melalui media massa.

"Dengan pendedahan ini, diharapkan orang ramai lebih sedar bahaya fahaman Syiah dan mengambil pendekatan untuk menghalang penyebarannya.

"Penyebaran ajaran Syiah di Kedah sudah lama berlaku. Dalam masa lima tahun lepas tidak ada usaha langsung untuk menyekat penyebarannya," katanya.

-- BERNAMA



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
THE MALAYSIAN INSIDER - Penularan fahaman Syiah di Malaysia semakin membimbangkan malah akan menjadi virus perpecahan umat Islam khususnya Melayu, yang kini sudah pun berpecah ekoran perbezaan ideologi politik.

Syiah, difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada muzakarah khas pada 1996, perlu ditangani secara agresif oleh pihak berkuasa dan Majlis Agama Islam kerana ia jelas memesongkan akidah sekali gus menjejaskan perpaduan dan kerukunan di kalangan umat Islam negara ini yang berpegang pada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Lihat sahaja keadaan di beberapa negara Arab, di mana perpecahan berlaku dengan amat dahsyat di antara kumpulan Syiah dengan Sunni, iaitu mereka yang berpegang pada Ahli Sunnah Wal Jamaah akibat pertelingkahan yang jelas tidak menguntungkan umat Islam.

Perpecahan sebegini boleh berlaku di mana-mana negara jika ia tidak dibendung. Dewasa ini penularan ajaran Syiah berkembang cepat didorong oleh kepesatan perkembangan teknologi maklumat selain penerbitan buku mempromosikan Syiah dijual di pasaran terbuka tanpa kawalan dan pemantauan di samping kekuatan pengaruh pemimpin politik yang mengamalkan ajaran Syiah.

Persoalannya, meskipun fahaman dalam ajaran Syiah difatwakan sebagai haram, mengapa masih ada segelintir umat Islam di negara ini mudah terpengaruh dengan ajaran yang jelas bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Menjelaskan perkara itu, penceramah bebas Dzulkarnain Hamzah berkata, kekurangan fahaman mengenai Syiah selain penyebaran hadis palsu adalah antara punca mengapa masih ada segelintir umat Islam terpengaruh.

Katanya, penularan ajaran Syiah di negara ini berlaku berikutan kegagalan pihak berkaitan memberi kefahaman tentang bahayanya Syiah kepada masyarakat selain kelemahan dalam proses mengawal kemasukan hadis palsu ke Malaysia.

"Selain itu, dalam soal pemakaian pula, orang Syiah nampak lebih kemas penampilannya berbanding orang lain dan ini juga antara faktor yang mendorong masyarakat termasuk golongan profesional mengikuti ajaran Syiah selain daripada strategi menggunakan tokoh besar," katanya.

Dzulkarnain, yang pernah menjadi pengacara Imam Muda musim kedua (IM2) terbitan Astro, berkata Syiah wujud disebabkan pengaruh politik dan bukannya agama.

Beliau mengakui kehadiran fahaman itu ke negara ini akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam, seperti mana yang berlaku di beberapa negara Arab.

Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa Gerakan Syiah Malaysia dipercayai akan menggunakan dana sebesar RM24 juta untuk membina sebuah kompleks di Wilayah Satun, Thailand sebagai pusat gerakan menyuburkan fahaman itu.

Akhbar juga melaporkan bahawa pemilihan Satun bukan sahaja disebabkan lokasinya yang berdekatan Malaysia, malah tiada halangan daripada kerajaan Thailand.

Tiadakah cara atau kaedah yang boleh diambil untuk membendung Syiah daripada terus berkembang biak lantas bertapak kukuh di negara ini?

Bagi menangani persoalan itu, Dzulkarnain mencadangkan pihak berkuasa bersama-sama masjid di seluruh negara memperbanyakkan siri memberi pemahaman dan didikan kepada masyarakat bagi mengenali hadis sahih dan menolak hadis palsu.

"Syiah perlu dibendung kerana ia membawa pelbagai fahaman dan fatwa ganjil sehingga menimbulkan percanggahan dalam masalah akidah dan pelbagai masalah fekah," katanya.

Pada 27 Julai lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) dilapor berkata bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mengamalkan fahaman Syiah di negara ini tanpa mengira status atau fahaman politik mereka.

Ahli Majlis Syura Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahaya pula mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan suatu akta baharu untuk mengawal ajaran sesat selain mendefinisikan semula Islam dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Macam yang di Kedah buat, kerajaan negeri wujudkan Enakmen Anti-Syiah, tapi ia menjurus hanya kepada Syiah sahaja dan kalau akta pengawalan ajaran sesat, ia lebih menyeluruh. Selain itu, Islam yang menjadi agama persekutuan juga perlu didefinisikan apakah Islam itu.

"Ini kerana ajaran Syiah pun mengaku dia Islam, Al-Arqam pun mengaku dia Islam, Ayah Pin (ajaran sesat) mengaku dia Islam. Jadi semua mengaku Islam. Saya mencadangkan supaya Islam dalam Perlembagaan Persekutuan didefinisikan sebagai Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jammah Ini bermakna, selain Ahli Sunnah Wal Jamaah, ia dianggap sesat," katanya.

Beliau turut mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya bagi menganalisis sebarang bentuk fahaman yang mampu memecahbelahkan umat Islam serta memberi panduan kepada kerajaan untuk bertindak.

Adakah menolak fahaman Syiah yang jelas memesongkan akidah ini satu jihad?

Mengulas persoalan itu, pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) itu berkata ia sebagai jihad kecil kerana berusaha mempertahankan agama Allah.

Dalam pada itu, Fathul Bari turut menyeru pemimpin Islam parti politik supaya bersatu bersama-sama kerajaan membendung penularan fahaman Syiah di negara ini.

"Ini bukan isu politik, ini adalah isu bersama seluruh umat Islam. Jangan hanya pentingkan politik sahaja. Kita semua tidak kira Umno ke PAS ke atau lain, kena bersatu untuk membanteras Syiah," katanya.

Difahamkan fahaman Syiah yang ada di Malaysia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra), Syiah Ismailiyah Agha Khan dan Syiah Ja’fariyah. - Bernama, 3 Ogos, 2013.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
THE MALAYSIAN INSIDER - Kerajaan Terengganu akan mematuhi pewartaan fatwa anti-syiah, walaupun negeri ini bebas daripada pengaruh fahaman atau ajaran itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata hasil perbincaangan dan laporan yang diterima daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mendapati isu syiah di negeri itu adalah di peringkat terkawal dan keadaan adalah selamat.

"Pihaknya tidak menafikan ada cubaan untuk merekrut umat Islam menyertai syiah, tetapi gagal apabila JHEAT bertindak pantas menangani isu itu.

"Walaupun kita tahu syiah ini bergerak secara senyap, tetapi kita berjaya mengesan mereka daripada terus menular hasil intipan yang dilakukan JHEAT dan bantuan pelbagai agensi secara rahsia," katanya selepas menyampaikan hadiah "Show Me Skills Malaysia Competition 2013" peringkat negeri Terengganu, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Nidzam Kamarulzaman.

Ghazali berkata, beliau dimaklumkan Pesuruhjaya JHEAT Datuk Rozali Salleh sudah mengarahkan semua Jabatan Agama di setiap daerah mengambil langkah awal memantau dan bergerak secara bersepadu menangani masalah syiah. - Bernama, 23 Julai, 2013.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer






Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
Syiah lebih bahaya dari Komunis, mufti gesa putus hubungan dengan Iran


Yahoo News Malaysia - Ajaran Syiah lebih berbahaya berbanding fahaman Komunis, kata Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Wan Zahidi Wan Teh serta menggesa kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang mempunyai majoriti penganut mazhab itu.
Wan Zahidi berkata, meskipun Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan China sejak sekian lama, negara berkenaan tidak pernah menyebarkan fahaman komunis melalui hubungan diplomatik, dan perkara itu jelasnya berbeza dengan pegangan penganut Syiah.
Malah, katanya, kajian beliau sejak 1980-an mendapati, ajaran Syiah juga lebih berbahaya berbanding Yahudi dan Nasrani.
"Dua puak ini tidak pernah mencerca sahabat Nabi Musa dan Nabi Isa sebaliknya mereka menyanjung sahabat mereka. Ini berbeza dengan Syiah, mereka mencerca sahabat Rasullullah," katanya dipetik akhbar Utusan Malaysia ketika bercakap dalam satu forum bertajuk Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam.
"Walaupun kita ada hubungan dengan China sejak zaman Tun Abdul Razak, kerajaan itu tidak pernah menyebarkan fahaman mereka melalui hubungan diplomatik," katanya.
Wan Zahidi berkata, tindakan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran akan dapat mengekang penularan fahaman berkenaan daripada tersebar secara meluas.
Kenyataan mufti itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu cuma dihalang untuk menyebarkannya kepada orang ramai.
Awal bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran, Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran.
Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang ditakuti negara Barat kerana kelantangannya menyuarakan bantahan terhadap tindakan Amerika Syarikat dan Israel “membuli” negara lain. – 9 September, 2013.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
المعهد الفطاني
MAAHAD AL-FATHONI
(PONDOK BUKIT KOBAH)

Pengenalan

Maahad Al-Fathoni atau lebih dikenali sebagai Pondok Bukit Kobah diasaskan sendiri oleh Ustaz Ashiq Elahi. Ianya mula  dibina pada Oktober 2010 dan mula beroperasi pada 27 Februari 2011 dengan dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Ismail Kerasak dari Pattani, Thailand atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Da Ea Kerasak.   
                                                                                                               
Maahad AL-Fathoni dibina dalam tanah wakaf yang berkeluasan hampir setengah hektar. Tanah itu dibeli dengan hasil daripada sumbangan orang ramai dari sekitar Pendang, Kota Setar dan Sungai Petani. Ia dilengkapi dengan bangunan asrama dewasa, asrama kanak-kanak, surau, rumah guru, dewan, kantin, tandas dan asrama dua tingkat yang sedang dalam proses pembinaan.

Misi

“Ke arah melahirkan para huffaz dan alim ulama yang bertaqwa, berpegang teguh kepada Al-Quran dan  Sunnah”.

Visi

“Untuk membentuk modul insan kelas pertama ke arah melahirkan huffaz dan alim ulama yang dapat memberi sumbangan kepada pembangunan ummah mengikut acuan Nabi Muhammad S.A.W”.

Objektif Penubuhan

  Objektif utama penubuhan Maahad Al-Fathoni adalah seperti  berikut:-
1.Melahirkan para huffaz dan alim ulama yang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.
2.Mewujudkan sekolah pondok yang setanding dengan pusat pengajian lain yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
3.Untuk merealisasikan impian kerajaan ke arah melahirkan pusat pengajian yang baik dari aspek frasarana  serta pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.
4.Meneruskan impian para ibu bapa bagi menjadikan anak-anak mereka menguasai ilmu agama yang terbaik.
5.  Ke arah melahirkan generasi pelapis yang bakal menjadi pemimpin yang berpaksikan ilmu agama pada masa hadapan

Matlamat

Pada hari ini, umat  Islam di Malaysia khususnya para remaja semakin lupa akan Al-Quran. Malah ada di kalangan mereka yang langsung tidak boleh membaca Al-Quran. Hal ini terjadi kerana banyak pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil cakna akan masalah ini.

Di samping itu juga, pengetahuan yang cetek mengenai agama  menyebabkan ramai remaja umat Islam pada hari ini terjebak dalam  gejala sosial seperti seks bebas, buang anak, dadah dan sebagainya.

Oleh itu, timbullah rasa tanggungjawab oleh pengasas Pondok ini bagi menangani gejala tersebut sekadar kemampuannya.

Perkara ini bertepatan dengan  firman Allah Taala di dalam kita sucinya yang agung(Al-Quran) yang bermaksud : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah” (Surah Ali-Imran : 110)

Matlamat Maahad Al-Fathoni:

1) Mewujudkan satu institusi pengajian kitab-kitab lama (Turath) dan pengajian Bahasa Arab dan Jawi.

2) Melahirkan huffaz dan ulama pendakwah yang berkualiti untuk meghidupkan dan memperbetulkan amalan agama dan akidah berlandaskan acuan Ahli Sunnah Waljamaah.

3) Untuk merealisasikan harapan setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang ilmu, di dunia dan di akhirat.

SENARAI KITAB-KITAB PENGAJIAN DI MAAHAD AL-FATHONI



Carta Organisasi Maahad Al-Fathoni

PENAUNG
Kiai Abdul Rahim
Temboro, Jawa

Timur Indonesia

PENASIHAT
Ustaz Maulana Hamzah
Mudir Madrasah Lil-Banaat
Sri Petaling

PENGERUSI
Ustaz Ashiq Elahi

SETIAUSAHA
Ustaz Firdaus

BENDAHARI
Ustaz Ilyas

AJK
- Ustaz Abdul Mughni
- Muhammad Arif
- Amirul Amin
- Muhammad Nasrullah

Tenaga Pengajar Maahad Al-Fathoni

  1. Ustaz Ashiq Elahi bin Mat Desa
  2. Ustaz Firdaus bin Abdul Rahman
  3. Ustaz Ilyas bin Rahim
  4. Ustaz Abdul Mughni bin Arshad
  5. Ustaz Muhammad Nasrullah bin Ilyas
  6. Ustaz Muhammad Syafik bin Salim Haris
Galeri Aktiviti Maahad Al-Fathoni

Lawatan MB Kedah ke Maahad Al-Fathoni, Khamis 20/6/2013
Sidang media MB Kedah bersama Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

Dato Paduka Mukhriz sedang memerhatikan pelan asrama.


Sesi bergambar warga Pondok Bukit Kobah bersama MB Kedah, YB Otman Abdul dan YB Muhammad Rawi

Ceramah Israk Mikraj oleh Syeikh Taha Al-Yamani pada hari Khamis 6/6/2013


Lawatan ke Pejabat Media Prima Alor Star 4/7/2013

AJK GIPTIS bersama Dr. Masyitah 7/7/2013

Lawatan ke Pejabat Mufti Kedah 4/6/2013

Lawatan ke Pejabat MB Kedah 26/5/2013




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
Tentang Pemilik Blog


Ustaz Ashiq Elahi B. Mat Desa merupakan  anak kelahiran Bukit Jenun, Pendang yang dilahirkan pada 21 Julai 1975 dan merupakan anak ke-6 daripada 12 orang adik-beradik.  Beliau menerima pendidikan awal  di SK Bukit Jenun bermula pada tahun 1982 hingga 1987.  Kerana keinginan untuk mendalami ilmu agama beliau meneruskan pelajaran ke Pondok Sg Jagong, Pendang (1987-1994) sebelum merantau menuntut di Pondok Bendang Badam, Pattani, Thailand (1994-2004).  Beliau  kemudiannya bertemu jodoh dan berkahwin pada tahun 2004 dan sehingga kini beliau dikurniakan 4 orang cahaya mata. Selepas itu, beliau meneruskan pelajaran ke Pasentren Petok, Kediri, Jatim, Indonesia.
Beliau pernah mengajar di banyak tempat bagi memenuhi jadual harian yang terluang bahkan dalam sehari adakalanya beliau mengajar di dua tempat mengikut kesesuaian waktu. Pada tahun 2005 hingga 2008 beliau telah diterima mengajar di Maahad Ihya Ulumid-Din Jalan Langgar, Alor Star, Kedah.

Pernah menjadi Guru Kafa di SK Pendang  pada tahun 2005 hingga 2006. Pada tahun 2008 hingga 2012 beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar di Madrasah Mazahirul Ulum, Bukit Choras Dalam, Pendang. Walaupun mengajar di sekitar Pendang berbekalkan impian memiliki pondok pengajian sendiri Ustaz Ashiq Elahi telah membuka Pondok Bukit Kobah bermula tahun 2010 yang masih beroperasi sehingga sekarang dan dalam proses penambahbaikan ke arah pendidikan yang lebih moden daripada aspek frasarana dan pelajaran dan pembelajaran.
Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) cawangan Kedah dan Timbalan Pengerusi sebuah badan NGO yang diasaskan untuk menentang ajaran Syiah, iaitu Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS).

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer