Tentang Pemilik Blog


Ustaz Ashiq Elahi B. Mat Desa merupakan  anak kelahiran Bukit Jenun, Pendang yang dilahirkan pada 21 Julai 1975 dan merupakan anak ke-6 daripada 12 orang adik-beradik.  Beliau menerima pendidikan awal  di SK Bukit Jenun bermula pada tahun 1982 hingga 1987.  Kerana keinginan untuk mendalami ilmu agama beliau meneruskan pelajaran ke Pondok Sg Jagong, Pendang (1987-1994) sebelum merantau menuntut di Pondok Bendang Badam, Pattani, Thailand (1994-2004).  Beliau  kemudiannya bertemu jodoh dan berkahwin pada tahun 2004 dan sehingga kini beliau dikurniakan 4 orang cahaya mata. Selepas itu, beliau meneruskan pelajaran ke Pasentren Petok, Kediri, Jatim, Indonesia.
Beliau pernah mengajar di banyak tempat bagi memenuhi jadual harian yang terluang bahkan dalam sehari adakalanya beliau mengajar di dua tempat mengikut kesesuaian waktu. Pada tahun 2005 hingga 2008 beliau telah diterima mengajar di Maahad Ihya Ulumid-Din Jalan Langgar, Alor Star, Kedah.

Pernah menjadi Guru Kafa di SK Pendang  pada tahun 2005 hingga 2006. Pada tahun 2008 hingga 2012 beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar di Madrasah Mazahirul Ulum, Bukit Choras Dalam, Pendang. Walaupun mengajar di sekitar Pendang berbekalkan impian memiliki pondok pengajian sendiri Ustaz Ashiq Elahi telah membuka Pondok Bukit Kobah bermula tahun 2010 yang masih beroperasi sehingga sekarang dan dalam proses penambahbaikan ke arah pendidikan yang lebih moden daripada aspek frasarana dan pelajaran dan pembelajaran.
Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) cawangan Kedah dan Timbalan Pengerusi sebuah badan NGO yang diasaskan untuk menentang ajaran Syiah, iaitu Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS).

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 comments:

Post a Comment