المعهد
الفطاني
MAAHAD
AL-FATHONI
(PONDOK
BUKIT KOBAH)
Pengenalan
Maahad Al-Fathoni atau lebih dikenali sebagai Pondok Bukit Kobah diasaskan sendiri oleh Ustaz Ashiq Elahi. Ianya mula dibina pada Oktober 2010 dan mula beroperasi pada 27 Februari 2011 dengan dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Ismail Kerasak dari Pattani, Thailand atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Da Ea Kerasak.
Maahad AL-Fathoni dibina dalam tanah wakaf yang berkeluasan hampir setengah hektar. Tanah itu dibeli dengan hasil daripada sumbangan orang ramai dari sekitar Pendang, Kota Setar dan Sungai Petani. Ia dilengkapi dengan bangunan asrama dewasa, asrama kanak-kanak, surau, rumah guru, dewan, kantin, tandas dan asrama dua tingkat yang sedang dalam proses pembinaan.
Misi
“Ke arah melahirkan para huffaz dan alim ulama yang bertaqwa, berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah”.
Visi
“Untuk membentuk modul insan kelas pertama ke arah melahirkan huffaz dan alim ulama yang dapat memberi sumbangan kepada pembangunan ummah mengikut acuan Nabi Muhammad S.A.W”.
Objektif Penubuhan
Objektif utama penubuhan Maahad Al-Fathoni adalah seperti berikut:-
1.Melahirkan para huffaz dan alim ulama yang
berpaksikan
Al-Quran dan Sunnah.
2.Mewujudkan sekolah pondok yang
setanding dengan pusat pengajian lain
yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi.
3.Untuk merealisasikan impian kerajaan ke arah melahirkan pusat pengajian yang
baik dari aspek frasarana serta pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik.
4.Meneruskan impian para ibu bapa bagi menjadikan anak-anak mereka menguasai ilmu
agama yang terbaik.
5. Ke arah melahirkan generasi pelapis yang bakal menjadi pemimpin yang berpaksikan ilmu agama pada masa hadapan
Matlamat
Pada hari ini, umat Islam di Malaysia khususnya para remaja semakin lupa akan Al-Quran. Malah ada di kalangan mereka yang langsung tidak boleh membaca Al-Quran. Hal ini terjadi kerana banyak pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil cakna akan masalah ini.Di samping itu juga, pengetahuan yang cetek mengenai agama menyebabkan ramai remaja umat Islam pada hari ini terjebak dalam gejala sosial seperti seks bebas, buang anak, dadah dan sebagainya.
Oleh itu, timbullah rasa tanggungjawab oleh pengasas Pondok ini bagi menangani gejala tersebut sekadar kemampuannya.
Perkara ini bertepatan dengan firman Allah Taala di dalam kita sucinya yang agung(Al-Quran) yang bermaksud : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah” (Surah Ali-Imran : 110)
Matlamat Maahad Al-Fathoni:
1) Mewujudkan satu institusi pengajian kitab-kitab lama (Turath) dan pengajian Bahasa Arab dan Jawi.
2) Melahirkan huffaz dan ulama pendakwah yang berkualiti untuk meghidupkan dan memperbetulkan amalan agama dan akidah berlandaskan acuan Ahli Sunnah Waljamaah.
3) Untuk merealisasikan harapan setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang ilmu, di dunia dan di akhirat.
SENARAI KITAB-KITAB PENGAJIAN DI MAAHAD AL-FATHONI
Carta Organisasi Maahad Al-Fathoni
PENAUNG
Kiai Abdul Rahim
Temboro, Jawa
Timur Indonesia
PENASIHAT
Ustaz Maulana Hamzah
Mudir Madrasah Lil-Banaat
Sri Petaling
PENGERUSI
Ustaz Ashiq Elahi
SETIAUSAHA
Ustaz Firdaus
BENDAHARI
Ustaz Ilyas
AJK
- Ustaz Abdul Mughni
- Muhammad Arif
- Amirul Amin
- Muhammad Nasrullah
- Muhammad Arif
- Amirul Amin
- Muhammad Nasrullah
Tenaga Pengajar Maahad Al-Fathoni
- Ustaz Ashiq Elahi bin Mat Desa
- Ustaz Firdaus bin Abdul Rahman
- Ustaz Ilyas bin Rahim
- Ustaz Abdul Mughni bin Arshad
- Ustaz Muhammad Nasrullah bin Ilyas
- Ustaz Muhammad Syafik bin Salim Haris
Galeri Aktiviti Maahad Al-Fathoni
Lawatan MB Kedah ke Maahad Al-Fathoni, Khamis 20/6/2013
Sidang media MB Kedah bersama Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)
Dato Paduka Mukhriz sedang memerhatikan pelan asrama.
Sesi bergambar warga Pondok Bukit Kobah bersama MB Kedah, YB Otman Abdul dan YB Muhammad Rawi
Ceramah Israk Mikraj oleh Syeikh Taha Al-Yamani pada hari Khamis 6/6/2013
Lawatan ke Pejabat Media Prima Alor Star 4/7/2013
AJK GIPTIS bersama Dr. Masyitah 7/7/2013
Lawatan ke Pejabat Mufti Kedah 4/6/2013
Lawatan ke Pejabat MB Kedah 26/5/2013
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer











