THE MALAYSIAN INSIDER - Kerajaan Terengganu akan mematuhi pewartaan fatwa anti-syiah, walaupun negeri ini bebas daripada pengaruh fahaman atau ajaran itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata hasil perbincaangan dan laporan yang diterima daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mendapati isu syiah di negeri itu adalah di peringkat terkawal dan keadaan adalah selamat.
"Pihaknya tidak menafikan ada cubaan untuk merekrut umat Islam menyertai syiah, tetapi gagal apabila JHEAT bertindak pantas menangani isu itu.
"Walaupun kita tahu syiah ini bergerak secara senyap, tetapi kita berjaya mengesan mereka daripada terus menular hasil intipan yang dilakukan JHEAT dan bantuan pelbagai agensi secara rahsia," katanya selepas menyampaikan hadiah "Show Me Skills Malaysia Competition 2013" peringkat negeri Terengganu, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Nidzam Kamarulzaman.
Ghazali berkata, beliau dimaklumkan Pesuruhjaya JHEAT Datuk Rozali Salleh sudah mengarahkan semua Jabatan Agama di setiap daerah mengambil langkah awal memantau dan bergerak secara bersepadu menangani masalah syiah. - Bernama, 23 Julai, 2013.
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
BERITA_wongANteng
SEO
theproperty-developer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)